Skip to main content

Sukan Asia

Sukan Asia Aichi-Nagoya: Skuad taekwondo negara manfaat perguruan di Korea Selatan

taekwondo

Kepulangan skuad taekwondo negara dari Korea Selatan akan menjadi azimat buat sandaran utama, Chin Ken Haw, untuk melakar kejutan dalam Sukan Asia Aichi-Nagoya, yang akan membuka tirai secara rasmi hujung minggu ini.

Kem negara berguru di Korea Selatan bulan lalu untuk berlatih dalam suasana dan intensiti tinggi bersama jaguh negara itu.

Sesi latihan mirip kejohanan utama itu dapat memacu prestasi atlet negara memandangkan Kejohanan Dunia dan Sukan Asia berlangsung dalam tempoh yang amat rapat.

Saingan Kejohanan Dunia 2026 akan berlangsung dari 16 hingga 20 September ini manakala hari pertandingan untuk sukan taekwondo dalam Sukan Asia pula bermula dari 1 hingga 3 Oktober ini.

Ken Haw dijangka akan menjadi taruhan negara dalam acara poomsae dan freestyle bersama seorang lagi atlet taekwondo negara, Yow Mei Yee.

"Saya rasa perkara paling penting adalah mereka orang Korea dan asal sukan ini adalah dari sana," katanya kepada wartawan Astro Arena, Karl Nunis.

"Mereka ada ramai pemain dan jurulatih yang memang mendedikasikan hidup mereka untuk sukan taekwondo, jadi ilmu mereka dalam taekwondo juga amat banyak berbanding kami.

"Tahap kemahiran mereka amat tinggi jadi mudah untuk kami belajar daripada mereka untuk meningkatkan kemahiran kami."

 

 

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Must Watch Video

Advertisement