Kapten Johor Darul Ta'zim (JDT), Natxo Insa, mengakui merindui figura ketajaman Arif Aiman Hanapi dalam pasukan selepas pemain itu terpaksa berehat panjang susulan mengalami kecederaan hamstring.
Kehilangan pemain sayap berusia 23 tahun itu jelas memberikan kesan kepada jentera serangan skuad Harimau Selatan, namun kelibat pemain kelahiran Kuantan itu sudah mula dilihat kembali ke Pusat Latihan Johor Darul Ta'zim (JDT), Padang Seri Gelam, sejak awal Januari lalu.
Advertisement
Arif Aiman menerima rawatan doktor sukan terkemuka, Lempainen Lasse, dan perlu berehat tiga bulan berikutan kecederaan yang dialaminya apabila hanya sempat beraksi selama lapan minit ketika menentang Nepal dalam kempen kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, 18 November lalu.
“Work in progress” - Arif Aiman. 🔜@ASTROARENA pic.twitter.com/gJHpvmv3FY
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) January 8, 2026
Namun, masih belum ada tarikh tertentu untuk menyatakan bintang Harimau Malaya itu kembali cergas sepenuhnya untuk beraksi.
"Kami kehilangan pemain terbaik yang kami miliki iaitu Arif (Aiman). Saya sangat merindui dia. InshaaAllah dia akan sembuh tidak lama lagi dan kembali ke pasukan.
”Tetapi buat masa sekarang ini, kami perlu terus maju ke hadapan." katanya seperti dipetik MakanBola.