Skip to main content

Sepak Takraw

Piala Dunia ISTAF: Malaysia atasi Jepun dalam aksi pertama

ISTAF

Skuad regu negara memulakan cabaran dalam Piala Dunia ISTAF 2026 dengan nota kemenangan apabila mengatasi Jepun 2-0 dalam aksi Kumpulan A di Stadium Titiwangsa sebentar tadi.

Menurunkan Syahir Rosdi (tekong), Farhan Adam (pengumpan) dan Azlan Alias (perejam) sebagai trio pemula, Malaysia tidak berdepan masalah untuk memenangi set pertama 15-4.

Perubahan yang dilakukan dengan memasukan Haziq Hairul Nizam (tekong) dan Noraizat Nordin (perejam) dalam set kedua menyaksikan skuad negara cemas seketika apabila Jepun mendahului 13-11 tetapi selepas itu, trio negara berkenaan menyamakan kedudukan 13-13 sebelum menang 15-13.

Skuad regu negara seterusnya akan bertemu Singapura pada Isnin ini.

 

Must Watch Video