"Kumaar Family", sebuah keluarga yang pernah aktif menghasilkan kandungan di Youtube suatu ketika dahulu, berkongsi di laman Instagram mereka ketika menikmati aksi final Piala Dunia 2026 di antara Sepanyol dan Argentina.
Keluarga Kumaar ialah keluarga pencipta kandungan Malaysia-Amerika yang popular. Mereka terdiri daripada Logesh Kumaar yang berasal dari Malaysia, isterinya Rachel seorang wanita dari Amerika Syarikat, dan dua orang anak mereka, Zaden dan Kyren.
Mereka terkenal dengan vlog yang memaparkan kehidupan seharian dan perbezaan budaya antara Malaysia dan Amerika.
Logesh pernah menjadikan YouTube sebagai kerjaya sepenuh masa bersama isteri dan anak-anaknya, tetapi kemudian kembali ke alam pekerjaan yang lebih tradisional.
Kini mereka masih menghasilkan kandungan namun secara sambilan sahaja dan sering berkongsi kisah kehidupan di media sosial. Siapa sangka, dalam diam rupanya dah sampai di Piala Dunia!