Skip to main content

Bola Sepak

Piala Hyundai ASEAN: Jika saya mahu terus bermain bola sepak, saya perlu berkorban -- Penyerang Harimau Malaya

fsf

'Satu kisah kebangkitan karier'

Itu mungkin gambaran  terbaik buat penyerang kebangsaan, Muhd Hadi Fayyadh, yang berjaya mendapat panggilan skuad senior kebangsaan pertamanya, selepas kali terakhir menyarung jersi negara pada temasya Sukan SEA 2022.

Bagi Hadi, ia ibarat segala usaha keras yang dilakukan akhirnya membuahkan hasil, dengan fokus Hadi adalah untuk cuba membalas kembali kepercayaan ketua jurulatih interim, Tan Cheng Hoe, dengan jaringan.

"Masa menerima panggilan saya rasa mahu menangis lah, pelbagai pengorbanan dan macam-macam saya hadapi dan akhirnya terima ganjaran begini selain kecederaan memang sebahagian daripada perjalanan.

"Kerja keras kerana tiada apa yang datang dengan mudah," katanya.

Hadi juga berkongsikan mengenai masalah gaji yang dihadapinya bersama PDRM sebelum ini sebagai satu ujian yang sangat sukar, namun keputusan untuk ke Jepun berjaya mengubah segalanya bagi karier bola sepaknya.

"Saya terhutang budi kepada PDRM, bukan mudah beraksi nak fikir mengenai gaji sambil bermain bola sepak, memang bergelut, Jika saya mahu terus bermain bola sepak saya perlu berkorban, bukan mudah kerana usia saya sudah melonjak 26 tahun dan saya berjauhan dengan keluarga sejak kecil.

"Nak ke Jepun pada mulanya agak berat tetapi untuk kelebihan diri saya perlu berkorban. Saya berbangga dengan usaha itu sekarang." katanya.

Dalam pada itu, menjelang perlawanan pembukaan, terdapat perubahan di saat akhir untuk posisi pertahanan apabila nama Aysar Hadi dipanggil ke kem latihan pusat Harimau Malaya bagi menggantikan Dominic Tan.

 

 

 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Must Watch Video