Skip to main content

Bola Sepak

Boleh ke Pochettino selamatkan Manchester United?

Boleh ke Pochettino selamatkan Manchester United?
Advertisement

Mauricio Pochettino tidak mempunyai banyak masa untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran baharunya apabila terus berdepan ujian getir menentang seteru tradisi, Liverpool, dalam perlawanan pertamanya selaku pengurus Manchester United.

Lebih membimbangkan, pengendali dari Argentina itu mengambil alih pasukan ketika The Red Devils sedang bergelut di zon penyingkiran Liga Perdana Inggeris (EPL), sekali gus menjadikan tugas menyelamatkan kelab itu daripada kejatuhan sebagai keutamaan segera.

Advertisement

Pochettino menggantikan Michael Carrick dan menjadi pengurus keempat United dalam tempoh tiga tahun, satu lagi gambaran ketidaktentuan yang terus menghantui kelab gergasi England itu sejak era Sir Alex Ferguson berakhir pada 2013.

United kali terakhir menjulang kejuaraan liga pada tahun berkenaan, namun kini berdepan realiti yang jauh berbeza apabila hanya mengumpul satu kemenangan dalam kempen liga setakat ini.

Advertisement

Rekod permulaan musim itu disifatkan sebagai yang terburuk sejak 1986, manakala kedudukan mereka di zon penyingkiran meletakkan tekanan besar ke atas Pochettino untuk segera mengubah nasib pasukan.

Kali terakhir United tersingkir daripada liga utama England ialah pada musim 1973-1974, hanya enam tahun selepas mencipta sejarah sebagai kelab England pertama menjuarai Piala Eropah.

Walaupun kemungkinan United mengalami nasib sama dianggap sesuatu yang sukar dibayangkan, kedudukan semasa mereka tetap menuntut tindakan segera.

Ketika diperkenalkan kepada media pada Jumaat, Pochettino menegaskan mahu membina sesuatu yang baharu di Old Trafford berlandaskan falsafah serta pendekatan kerjanya sendiri.

“Kami tiba dengan idea untuk membina sesuatu dari awal, dengan falsafah sendiri dan cara kami mahu bekerja.

“Kami perlu meningkatkan kemampuan pemain, mencari jalan untuk beraksi dengan lebih baik, tetapi masa depan dan identiti kelab ini sangat jelas,” katanya.

Pochettino turut mengakui Manchester United memiliki sejarah serta reputasi yang sukar ditandingi, namun semua pihak perlu bersikap terbuka untuk membawa kelab itu keluar daripada situasi semasa.

“Tugasnya adalah membawa kelab bersejarah ini ke tempat yang berbeza daripada kedudukan kami sekarang,” katanya.

Namun, segala perancangan jangka panjang itu perlu disusuli keputusan di atas padang. Pochettino memerlukan kemenangan segera bagi mengembalikan keyakinan pemain dan penyokong.

Tiada lawan yang lebih mencabar untuk memulakan era baharu selain Liverpool, musuh tradisi yang turut berkongsi rekod kejuaraan liga utama England bersama Manchester United.

Perlawanan di Anfield bukan sekadar perebutan tiga mata, sebaliknya peluang buat Pochettino membuktikan bahawa dirinya mampu memberikan perubahan segera kepada pasukan yang sedang hilang arah.

Lebih merumitkan, United berisiko berada di tangga tercorot liga menjelang sepak mula sekiranya keputusan perlawanan lain tidak memihak kepada mereka.

Dengan hanya satu kemenangan setakat ini dan kedudukan yang begitu hampir dengan dasar carta, setiap mata selepas ini amat berharga.

Pochettino kini berdepan tugas besar untuk mengembalikan identiti, memperbaiki prestasi dan paling penting, memastikan Manchester United tidak terus terjerumus ke dalam krisis yang lebih mendalam.

Persoalannya, mampukah pengendali Argentina itu menjadikan Anfield sebagai titik permulaan kebangkitan, atau tekanan di Old Trafford akan terus bertambah sekiranya episod baharu ini bermula dengan kekalahan?

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Must Watch Video