Skip to main content

Bola Sepak

Arsenal berdepan risiko tanpa Raya, kecederaan bahu cetus kebimbangan Arteta

Arsenal berdepan risiko tanpa Raya, kecederaan bahu cetus kebimbangan Arteta
Advertisement

Arsenal berdepan kemungkinan kehilangan penjaga gol utama, David Raya, selepas pemain Sepanyol itu mengalami kecederaan bahu kiri ketika membantu pasukan mengikat Newcastle United 2-2 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), semalam.

Raya dijadual menjalani pemeriksaan imbasan MRI pada Ahad bagi mengenal pasti tahap sebenar kecederaan yang dialaminya selepas terpaksa meninggalkan padang pada minit ke-70.

Advertisement

Insiden berlaku ketika penjaga gol berusia 31 tahun itu keluar untuk menangkap sepakan penjuru sebelum bertembung dengan penyerang Newcastle, William Osula.

Raya kemudian dilihat memegang bahagian lengan dan bahu kiri dalam keadaan kesakitan sebelum memberi laluan kepada Kepa Arrizabalaga untuk mengambil alih tugas di bawah palang.

Advertisement

Pengurus Arsenal, Mikel Arteta, mengakui situasi itu bukan petanda yang baik buat pasukannya, namun menegaskan mereka perlu menunggu hasil pemeriksaan lanjut sebelum mengetahui tahap kecederaan berkenaan.

“Malangnya, dia terpaksa keluar padang, yang sememangnya bukan berita baik,” kata Arteta.

Kebimbangan Arsenal semakin meningkat memandangkan Raya sebelum ini menjadi pilihan utama dengan beraksi setiap minit dalam semua perlawanan Liga Perdana Inggeris dan Liga Juara-Juara Eropah musim ini sebelum insiden di St James’ Park.

Dengan jadual perlawanan semakin padat, Kepa kini berpotensi memikul tanggungjawab lebih besar sekiranya Raya terpaksa diketepikan.

Arsenal yang masih mengemudi carta liga dengan kelebihan enam mata turut bakal berdepan Borussia Dortmund dalam aksi Liga Juara-Juara pada Rabu, 25 November.

Bagaimanapun, tempoh pemulihan Raya masih belum dapat dipastikan dan segala-galanya bergantung kepada keputusan imbasan MRI.

Buat masa ini, Arteta dan penyokong The Gunners hanya mampu menunggu perkembangan lanjut sambil berharap kecederaan penjaga gol utama mereka itu tidak terlalu serius ketika Arsenal memasuki fasa penting musim ini.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Must Watch Video