Skip to main content

Bola Sepak

Penyokong Manchester United, Liverpool nikmati layanan khas Al-Ikhsan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

penyokong

Kelab Penyokong Liverpool Malaysia, KL Kopites dan All Reds Malaysia, serta kelab penyokong Manchester United, Red Army Malaysia, melakar satu lagi sejarah baru menerusi memorandum persefahaman (MoU) dengan peruncit sukan terbesar di Malaysia, Al-Ikhsan, semalam.

Kerjasama strategik itu menawarkan akses dan harga eksklusif antaranya, jersi, kasut bola serta pelbagai kelengkapan sukan lain kepada ahli kelab penyokong di cawangan seluruh negara.

Advertisement

Turut hadir memeriahkan majlis yang berlangsung di Shah Alam itu ialah bekas bintang Harimau Malaya, Amri Yahyah dan Norshahrul Idlan Talaha, selain pengulas Astro Arena, Zainal Abidin Rawop serta Hafizal Hamad.

"Ini destinasi untuk peminat mendapatkan produk bola sepak dan peluang kami dekatkan diri dengan peminat.

"Kami juga ada jersi terkini Piala Dunia, kelab England yang terdiri daripada pelbagai kualiti dan harga," kata Pengurus Pemasaran Sukan Al-Ikhsan Sports & Football Republic, Anton Arshad.

"Ahli-ahli Red Army Malaysia khususnya akan mendapat diskaun di seluruh negara melalui program ini," ujar Presiden Red Army Malaysia, Izhan Faizal Noor. 
 

Must Watch Video