Skip to main content

Badminton

Masters Indonesia: Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani pamer prestasi terbaik ke separuh akhir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Goh Sze Fei-Nur Izzuddin

Beregu lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, mempamerkan prestasi terbaik ketika menewaskan gandingan Korea Selatan, Song Hyun Cho-Lee Jongmin, untuk ke separuh akhir Kejohanan Badminton Masters Indonesia di Istora Senayan, Jakarta sebentar tadi.

Turun selaku pilihan keempat, gandingan negara itu mempamerkan penguasaan penuh pada awal saingan tetapi pada satu ketika membenarkan lawan mengikat kedudukan 16-16 dan 17-17 sebelum meraih empat mata berturut-turut untuk memenangi set pembukaan itu 21-17.

Advertisement

Dalam set kedua, Sze Fei dan Nur Izzuddin berdepan sedikit kesukaran pada pertengahan saingan tetapi selepas itu, mereka jauh meninggalkan lawan untuk mengesahkan kemaraan dengan kemenangan 21-13 selepas secara keseluruhan bertarung selama 34 minit.

Menanti mereka dalam penentuan ke final esok ialah pemenang di antara beregu Denmark, Daniel Lundgaard-Mads Vestergaard, dan gabungan beregu Korea Selatan dan Malaysia, Choi Sol Gyu-Goh V Shem.

 

Must Watch Video