Skip to main content

Bola Sepak

Akademi Villarreal Malaysia lebarkan sayap ke kelab Singapura

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

akademi

Pengurus Besar Akademi Villarreal Malaysia, Visnu Nair, berhajat menambah lagi platform selepas menandatangani kerjasama strategik bersama kelab Singapura, Geylang International, demi pembangunan pemain muda.

"Kami ingin memberi pendedahan antarabangsa kepada jurulatih dan pemain tempatan.

Advertisement

"Bukan hanya dengan hanya program di Sepanyol, malah termasuk rantau ASEAN Tenggara.

"Ini peluang menimba ilmu daripada jurulatih berpengalaman," katanya.

Geylang International yang diwakili juara Piala AFF 1998 bersama Singapura, Mohd Noor Ali, merasakan ia adalah kerjasama terbaik dalam menaikkan generasi pemain sekarang untuk melonjakkan karier bola sepak mereka.

"Kerjasama seperti ini membuka ruang dan peluang kepada pemain untuk menonjol," kata Noor Ali pula.

Dalam pada itu, Villareal Malaysia juga akan menjadi tuan rumah untuk Kem Bola Sepak Asia Pasifik Villareal yang akan menggabungkan tujuh akademi antarabangsa Villarreal dengan 20 peserta dari Malaysia juga akan menyertainya.

"Jika pemain berjaya menonjolkan bakat, mereka berpeluang diserapkan dalam akademi," kata Pengurus Pembangunan Perniagaan Villarreal, Mar Llaneza.
 

Topik Berkaitan

Must Watch Video