Skip to main content

Bola Sepak

Mungkin kita akan lihat dia sarung jersi Harimau Malaya tidak lama lagi -- Cklamovski

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Peter Cklamovski

Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Peter Cklamovski, memberi isyarat baharu bahawa penyerang sensasi Johor Darul Ta'zim (JDT), Bergson da Silva, semakin hampir untuk memperkuat Harimau Malaya sebagai pemain naturalisasi.

Ia didedahkan Cklamovski dalam perkongsian bersama wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, selepas turut memberi bayangan mengenai status terkini Bergson menerusi satu hantaran di laman media sosial.

Advertisement

Terdahulu, Cklamovski mencetus sensasi apabila memuat naik video Bergson sebanyak dua kali di laman Instagram peribadinya baru-baru ini.

Ia ketika penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super itu meledakkan jaringan ketika bertemu Selangor dan Kuching City.

Turut meletakkan emoji bendera Malaysia dalam kedua-dua video itu, tindakan Cklamovski segera menimbulkan spekulasi dalam kalangan peminat.

"Tujuan utamanya adalah untuk mencuit perhatian peminat mengenai bola sepak dan membuat rakyat bercakap tentang bola sepak dan Liga Super Malaysia, juga tentang pemain yang mempamerkan prestasi yang amat baik.

"Saya mungkin boleh melakukannya dengan menampilkan lebih ramai pemain tetapi saya hanya mencuit sedikit penyokong dan ya, mungkin kita akan dapat melihatnya menyarung jersi Harimau Malaya tidak lama lagi," katanya.

 

Must Watch Video