Pemain antarabangsa Amerika Syarikat (AS), Akhilesh Reddy, telah digantung selama lapan tahun selepas didapati bersalah atas tuduhan mengatur perlawanan, kataMajlis Kriket Antarabangsa (ICC), semalam.
Reddy didakwa pada bulan November, dan digantung sementara kerana melanggar tiga pertuduhan kod anti-rasuah semasa beraksi dalam Liga T10 Abu Dhabi.
🚨 SUSPENDED 🚨
USA's Bodugum Akhilesh Reddy has been banned from all cricket for 8 years after being found guilty of breaching 3 counts of the ICC Anti-Corruption Code.
The charges relate to the Abu Dhabi T10 2025 in the UAE.
The ban is backdated to 21 November 2025. pic.twitter.com/H8mzzBPKTL— Cricbuzz (@cricbuzz) August 3, 2026
Reddy, didapati bersalah oleh tribunal kerana cuba mengatur atau mempengaruhi perlawanan, selain cuba mendekati pemain lain untuk menyertai aktiviti sama dan memadam data dan mesej daripada peranti mudah alih yang berkaitan dengan siasatan.
Kali terakhir bintang berusia 26 tahun itu bermain untuk AS ialah pada April 2025.