Skip to main content

Badminton

Masters Indonesia: Letshanaa teruskan rentak cemerlang ke separuh akhir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Letshanaa

Perseorangan wanita negara, K. Letshanaa, meneruskan rentak cemerlang apabila layak ke separuh akhir Kejohanan Badminton Masters Indonesia dengan menewaskan wakil Taiwan, Huang Yu Hsun, secara ser langsung di Istora Senayan, Jakarta, sebentar tadi.

Membawa status bukan pilihan, pemain berusia 22 tahun itu menguasai sepenuhnya permainan sejak dari awal, di mana dia tidak pernah ketinggalan sebelum mudah mencatatkan kemenangan 21-17.

Advertisement

Sedikit kesukaran dihadapinya pada pertengahan set kedua tetapi selepas berada di kedudukan 15-16, Letshanaa meraih lima mata berturut-turut sebelum menang 21-18 selepas secara keseluruhan bertarung selama 40 minit.

Sebagai rekod, Letshanaa menjadi pemain wanita pertama negara layak ke separuh akhir kejohanan bertaraf Super 500 sejak tiga tahun lalu

Menantinya dalam penentuan ke final esok ialah perseorangan Thailand, Pitchamon Opaniputh.

 

Must Watch Video