"Teruskan bermimpi.
Ketua jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski, menyeru seluruh warga bola sepak tanah air agar tidak putus harapan terhadap impian melangkah ke pentas Piala Asia Arab Saudi 2027.
Advertisement
Meskipun Vietnam menanti sebagai lawan terakhir dalam perlawanan kelayakan Kumpulan F, pengendali kelahiran Australia itu kekal positif walaupun peluang tampak kabur susulan kes melibatkan tujuh pemain warisan yang digantung oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) ekoran isu pemalsuan dokumen.
Menolak segala persepsi yang sedang berlaku berkenaan pasukan kebangsaan, jurulatih berusia 47 tahun itu tetap mahu melunaskan misi yang ditetapkan.
Dalam temu bual bersama wartawan Nadi Arena, Zulhelmi Zainal Azam, Cklamovski membuat satu perjanjian dengan tekad menjulang skuad negara dengan gelaran Piala Asia.
“Keep Dreaming, keep dreaming of the Asian Cup”, Peter Cklamovski. More on Nadi Arena. 🔥🇲🇾@ASTROARENA pic.twitter.com/RlA5YUExU9
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) January 22, 2026
"Kami akan bertandang ke Vietnam untuk menyelesaikan tugasan dengan kemenangan, sekali gus menjadi juara kumpulan usai tamat 90 minit.
"Itu menjadi sasaran utama kami. Itulah realiti yang kami nantikan.
"Saya akan berasa hairan jika Malaysia benar dikenakan pemotongan mata.
"Ini tidak adil. FIFA dan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) sendiri sudah mengesahkan pemain-pemain berkenaan untuk beraksi bersama pasukan.
"Kalau tidak, saya sendiri tidak akan menurunkan mereka dari awal.
"Pihak kerajaan juga sudah mengiktiraf kewarganegaraan mereka.
"Saya berharap mereka dapat kembali untuk membantu Harimau Malaya untuk layak ke kejohanan itu dan memenangi kejuaraan Piala Asia," katanya.