Skip to main content

Maraton

Pempengaruh media sosial tipu statistik Strava?

h

Kalau dulu habis marathon atau pun perlumbaan larian, mungkin perkara pertama yang keluar dari mulut adalah ucapan tahniah dan pertanyaan “Okay tak? Penat tak? Ada cedera tak?”. 

Tapi kini soalan pertama tampak dah bertukar kepada “pace berapa?”. Persoalannya, kenapa ada yang kena malu jika pace anda tidak sama seperti pelari professional atau elit? 

Baru baru ini tular di Threads apabila difahamkan beberapa ‘influencer’ memuat naik rekod Strava yang tidak sepadan dengan keputusan sebenar sehingga mencetuskan pendebatan hangat di laman media sosial tersebut. Ada juga yang mengatakan itu perkara tersebut adalah gurauan sebelum dipadam. 

Tak kisah lah apa penjelasannya tetapi yang lebih menarik adalah reaksi komuniti larian sendiri. Ramai yang memberi pendapat bahawa tidak perlu malu pun jika lakukan pace 11, tidak perlu edit jadikan kepada pace 6. Tiada siapa yang kisah. 

 

 

 

 

Tiada siapa yang gelakkan jika anda habiskan larian half marathon dalam masa 4 jam. Malah ramai yang kagum sebab mereka tahu betapa susahnya untuk habiskan larian 21 km itu. Dalam dunia larian, setiap orang dengan diri sendiri. Ada orang mengejar podium, ada yang mengejar sub-2, tetapi ada orang yang hanya ingin habiskan larian tanpa berjalan. 

Semua itu adalah kejayaan. Kejayaan masing masing yang tidak perlu diukur dengan pace. Mungkin media sosial buatkan kita rasa kena lari laju sebab setiap Strava kena cantik dengan nombor yang mengagumkan, barulah orang lain akan memandang tinggi. Mentaliti seperti ini harus dielak. 

 Pengajarannya di sini adalah tidak perlu terlalu taksub dengan statistik Strava anda. Pace itu hanyalah nombor untuk kita ukur memperbaiki diri, bukan ukuran nilai dedeorang pelari, apatah lagi bahan untuk bermegah di media sosial. Jika ia lebih baik dari semalam, itu sudah lebih dari cukup. Jika belum, bermakna anda harus terus berlatih, semudah itu.  

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Must Watch Video