Skip to main content

Bola Sepak

Peminat Mexico menggila! Bahang Piala Dunia makin terasa

Mexico

Mexico sekali lagi membuktikan mengapa negara itu dianggap sebagai antara negara dengan budaya fanatik bola sepak dunia apabila ribuan penyokong mencipta gelombang manusia terbesar di sepanjang Paseo de la Reforma, Mexico City, hanya beberapa hari sebelum Piala Dunia 2026 bermula.

Dalam suasana penuh warna dan laungan semangat, ribuan orang bangun dan duduk secara serentak selama beberapa minit tanpa henti, membentuk satu aliran tenaga yang mengalir seperti ombak di tengah kota, seolah-olah seluruh bandar sedang berdenyut dalam satu irama yang sama.

Walaupun pengesahan rasmi Guinness World Records masih ditunggu, detik itu sudah cukup untuk menghidupkan semula simbol paling ikonik dalam sejarah bola sepak moden iaitu 'Mexican Wave' yang kini kembali menggoncang dunia.

Lebih 40 tahun selepas ia dipopularkan dalam Piala Dunia 1986, gelombang itu kini bukan sekadar ritual stadium tetapi sudah menjadi identiti global yang tidak dapat dipisahkan daripada nama Mexico.

Ramai percaya asal-usulnya mungkin bermula di Amerika Syarikat (AS) pada era 1970-an, namun Mexico lah yang mengangkatnya ke pentas dunia ketika Piala Dunia 1986 hingga menjadikan istilah Mexican Wave satu fenomena yang begitu sinonim dalam dunia bola sepak.

Di Mexico, gelombang itu bukan sekadar hiburan tetapi satu bahasa perpaduan yang menyatukan rakyat tanpa mengira latar belakang, sesuatu yang disifatkan oleh pakar sebagai gambaran identiti nasional yang bergerak secara kolektif.

Bagi mereka, setiap gelombang yang tercipta di stadium membawa maksud lebih besar daripada sorakan kerana ia melambangkan semangat sebuah negara yang hidup dengan bola sepak.

Menjelang Piala Dunia 2026, suasana di Mexico semakin memuncak dengan stadium yang berubah menjadi pentas pesta rakyat, diiringi muzik dan sorakan tanpa henti dan suasana yang lebih mirip karnival berbanding sekadar perlawanan bola sepak.

Namun dalam kemeriahan itu, beberapa instrumen tradisi seperti matracas dan cornetas telah diharamkan di stadium oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) atas faktor keselamatan dan kawalan bunyi walaupun ia sekian lama menjadi sebahagian daripada budaya penyokong Mexico.

Begitupun, semangat penyokong tidak pernah berkurang kerana bola sepak di Mexico hidup di mana sahaja sama ada di stadium mahupun di jalanan yang sentiasa menjadi pusat tumpuan tontonan mereka secara bersama.

Anda mungkin berminat dengan

JDT Vneck Blood Abstract

JDT Vneck Blood Abstract

adidas Unisex X Speedportal Messi.1 FG Outdoor Boot Football Shoe (GW8387) Sport Planet 55-03

adidas Unisex X Speedportal Messi.1 FG Outdoor Boot Football Shoe (GW8387) Sport Planet 55-03

[Le Mai.com] NIKE Sports Bottle Squeeze Cold Water Bottle Big Mouth Bottle 2.0 22 OZ/650mL N000042

[Le Mai.com] NIKE Sports Bottle Squeeze Cold Water Bottle Big Mouth Bottle 2.0 22 OZ/650mL N000042

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Must Watch Video