Indonesia tidak berdepan masalah untuk menewaskan pasukan di ranking lebih tinggi iaitu Oman 3-0 dalam perlawanan persahabatan di Gelora Bung Karno malam tadi.
Skuad kendalian John Herdman itu hanya memerlukan 13 minit untuk meledak menerusi Justin Hubner sebelum penyerang Oxford United, Ole Romeny, menggandakan jaringan pada minit ke-29.
🔸INTERNATIONAL FRIENDLY MATCH (5/6)
FT: Indonesia 🇮🇩 3️⃣ - 0️⃣ 🇴🇲 Oman#PSSI pic.twitter.com/ZqG26pWmXR— ASEAN FOOTBALL (@theaseanball) June 5, 2026
Meskipun Oman dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-27, penjaga gol Cremonese, Emil Audero, menafikan rembatan Hatem Al-Rushadi untuk menutup babak pertama dengan mendahului 2-0.
Ragnar Oratmangoen melengkapkan malam gemilang Indonesia di laman sendiri dengan kemenangan 3-0.