Skip to main content

Badminton

Terbuka Indonesia: Sze Fei-Nur Izzuddin ke final tumbangkan gandingan nombor 1 dunia

din fei

Beregu lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, mara ke final Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia apabila menumbangkan gandingan nombor satu dunia dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae, dalam aksi separuh akhir di Istora Senayan, Jakarta sebentar tadi.

Turun selaku pilihan ketujuh, beregu profesional itu mula mempamerkan penguasaan pada pertengahan set pertama sebelum mencatatkan kemenangan 21-18.

Bagaimanapun, berdepan pilihan utama itu jelas memberikan kesukaran buat mereka dalam set kedua, di mana selepas terikat di kedudukan 9-9, Sze Fei dan Nur Izzuddin tidak pernah dapat memintas mata lawan untuk tewas 17-21.

Penguasaan sejak dari awal set penentuan memberikan keselesaan buat wakil negara itu untuk terus menguasai permainan sebelum mengesahkan kelayakan ke final dengan kemenangan 21-16 selepas secara keseluruhan bertarung selama 56 minit.

Menanti mereka dalam penentuan gelaran esok ialah pemenang di antara dua beregu tuan rumah, iaitu Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani dan Raymond Indra-Nikolaus Joaquin.

 

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Must Watch Video