Saksikan perjuangan wakil tunggal negara dalam saingan separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia 2026 dalam sektor beregu lelaki, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, yang akan turun berdepan beregu di ranking pertama dunia, Kim Won Ho-Seo Seung Jae, di Istora Senayan, Jakarta, hari ini.
Untuk rekod, dalam tiga kali pertemuan mereka, dua kali berpihak kepada lawan dari Korea Selatan itu, manakala wakil negara yang turun sebagai pemain pilihan ketujuh kejohanan itu hanya pernah mencipta satu kemenangan iaitu ketika menjuarai Terbuka India 2025 dalam pentas akhir.
SEPARUH AKHIR TERBUKA INDONESIA 2026 (SUPER 1000): INFO SIARAN LANGSUNG (LIVE STREAMING) Goh Sze Fei- Nur Izzuddin vs Kim Won Ho-Seo Seung Jae
Tarikh: 6 Jun 2026 (Sabtu)
Saluran: Astro Badminton 1 (815)
Masa: Bermula 1 petang
Venue: Istora Senayan, Jakarta, Indonesia
Anda juga boleh strim menerusi Astro Go atau Sooka dan maklumat terkini di Stadium Astro!