Skip to main content

Bola Sepak

Sudah tiba masa Malaysia NT angkat kaki -- Pakar

zack rahim

Sudah tiba masanya entiti pengurusan skuad kebangsaan, Malaysia NT, angkat kaki.

Pemerhati bola sepak negara, Zakaria Rahim, menyokong penuh cadangan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) agar pengurusan skuad Harimau Malaya 'dipulangkan' semula sepenuhnya kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Menurutnya, tanggungjawab menguruskan skuad kebangsaan sememangnya terletak di bawah bidang kuasa FAM dan langkah tersebut dilihat selaras dengan proses reformasi yang sedang dilaksanakan oleh badan induk bola sepak negara itu.

"Tujuan Harimau Malaya diasingkan daripada pentadbiran FAM adalah untuk kejayaan ekspres," katanya seperti dilaporkan wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

"Pada awalnya kita terima dengan hati terbuka tetapi apabila berlakunya skandal seperti yang ramai orang sedia maklum, kita semua sudah tawar hati ke atas Malaysia NT dan mahu ia dikembalikan kepada FAM tanpa campur tangan pihak luar.

"Jurulatih dan pengurus pasukan atau sesiapa sahaja yang mengetuai barisan pengurusan pasukan kebangsaan, mestilah bertanggungjawab dan menjawab kepada FAM."

Terdahulu, Setiausaha Agung AFC, Datuk Seri Windsor John, memaklumkan bahawa cadangan tersebut telah dikemukakan menerusi laporan audit menyeluruh yang dilakukan oleh AFC, selain beberapa langkah penambahbaikan lain yang boleh dipertimbangkan oleh FAM.

Jelasnya, struktur pengurusan skuad kebangsaan sewajarnya berada di bawah tanggungjawab FAM melalui sebuah jawatankuasa khas, selaras dengan amalan pentadbiran bola sepak antarabangsa.

Antara fokus utama jawatankuasa itu, termasuk memperkukuh pengurusan profesional, menggiatkan pencarian pemain warisan, memperkasa program prestasi tinggi, serta memperluas rangkaian antarabangsa bagi meningkatkan daya saing Harimau Malaya.

Ketika ini, skuad Harimau Malaya diuruskan oleh entiti berasingan di bawah kendalian Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Rob Friend, yang terpalit dengan kontroversi pemalsuan dokumen membabitkan tujuh orang pemain.

 

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

Must Watch Video