Perlawanan Liga Hoki Malaysia (LHM) membabitkan Terengganu Hockey Team (THT) dan Liaoning bertukar hangat apabila berlaku pertengkaran antara bintang The Speedy Tigers, Faizal Saari, dan Wang Yubo pada suku keempat iaitu minit ke-60 di Bukit Jalil semalam.
Meninjau satu video di Facebook, terjadi satu insiden pergaduhan mulut sehingga berlaku tolak-menolak melibatkan kedua-dua pasukan.
Advertisement
Pada akhirnya, kedua-dua pemain terbabit dilayangkan kad merah, sekali gus terlepas aksi seterusnya.
Namun, tiada maklumat rasmi tentang apakah punca kepada isu tersebut.
Dalam perlawanan itu, THT berjaya menewaskan pasukan dari China itu 6-0 dengan Faizal Saari menjaringkan lima gol.
Ketika ini, THT menduduki tempat ketiga dalam kumpulan sementara di tangga ketujuh.