Skip to main content

Badminton

Bukan kisah dongeng, kalah final tapi kejutan besar sejarah badminton

Thomas

Siapa sangka Perancis akan mara ke final Piala Thomas buat kali pertama?

Kini Perancis negara Eropah kedua berjaya ke final kejohanan berprestij dwitahunan itu.

Advertisement

Namun, angan-angan Perancis bergelar juara tidak kesampaian apabila tewas 1-3 kepada gergasi nombor satu dunia, China, untuk kemenangan kali-12 di Forum Horsens, Denmark awal pagi tadi.

Pemain perseorangan pertama dunia, Shi Yu Qi, terlebih dahulu meletakkan negara Tembok Besar itu di hadapan selepas menumpaskan Christo Popov dalam perlawanan rubber set 21-16, 16-21, 21-17 untuk tempoh sejam 25 minit.

Perancis kemudiannya tidak berputus asa apabila perseorangan keduanya, Alex Lanier, menghadiahkan mata penting menyamakan kedudukan 1-1 mengatasi keunggulan Li Shi Feng 21-13, 21-10.

Wong Heng Yang kembali memacu kebangkitan China tatkala memadam hasrat Toma Junior Popov dengan aksi dramatik 22-20, 20-22, 21-19.

Dan, kejayaan China hadir pada perlawanan keempat susulan kemenangan mudah beregu lelaki, He Ji Ting-Ren Xiang Yu, memadam impian besar Eloi Adam-Leo Rossi, sekali gus merangkul kejuaraan dua kali berturut-turut buat China.

Perjalanan sukar Perancis bermula dengan kejutan besar menunduukan juara 14 kali, Indonesia, 4-1 dalam Kumpulan D sebelum menghantar pulang pasukan Jepun dalam suku akhir.

India menjadi mangsa Perancis yang seterusnya dalam separuh akhir, tetapi China menepati ramalan untuk menghentikan misi mereka dalam final dan meraih naib juara.  
 

Must Watch Video