Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

EPL: Jaringan Sesko batal!

Sesko

Demikian laungan beberapa peminat The Reds yang tidak boleh menerima kekalahan.

Jaringan Benjamin Sesko menjadi bualan apabila peminat mempersoal keputusan pengadil selepas rakaman daripada video bantuan pengadil (VAR) membenarkan gol kontroversi tersebut.

Advertisement

Segelintir penyokong Liverpool meminta jaringan tersebut ditarik untuk kedua-dua pasukan terikat 2-2 dan berkongsi satu mata.

Malah, menerusi perkongsian pempengaruh TikTok yang merupakan pengadil dengan panggilan refereekampung, menjelaskan situasi tersebut berdasarkan undang-undang yang terdapat dalam Laws of The Game.

Dalam video penerangannya, dia jelas memaparkan bola sememangnya mengenai tangan penyerang Manchester United itu tetapi dengan sentuhan minimun di bahagian jari seperti tidak disengajakan sebelum masuk ke dalam gol pihak lawan.

"Tangan berada dalam keadaan natural, ia tetap menjadi satu kesalahan 'handball'.

"Terdapat undang-undang yang agak spesifik untuk kesalahan itu bagi menjaringkan gol," katanya.

Tonton video penuh:

@refereekampung Gol Kontroversi Benjamin Sesko❗️ Manchester United vs Liverpool . Sebelum gol terhasil, bola ada mengenai jari Sesko. Walaupun sedikit, tidak sengaja, ianya tetap menjadi 1 kesalahan. Kerana ada undang-undang handball spesifik hanya untuk menjaringkan gol. Jika bola yang mengenai tangan secara terus atau serta-merta memasuki gol lawan walaupun tidak sengaja, ianya tetap 1 kesalahan. . Dengan itu gol Benjamin Sesko ini sepatutnya dibatalkan oleh pengadil. . #ForYouSports #sportscontent #refereekampung #sportsontiktok #footballcontent ♬ original sound - Nasseb Ali

Satu akaun media sosial turut menyebarkan berita tidak sah sambil memuat naik maklumat palsu kononnya daripada Professional Game Match Officials Limited (PGMOL).

Walhal PGMOL tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung insiden tersebut.

Perkara itu membangkitkan kemarahan penyokong kerana boleh meninggalkan persepsi negatif dan sesetengah orang akan mempercayainya tanpa selidik dengan betul.

Liga Perdana Inggeris (EPL) juga tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi, bermaksud kemenangan The Red Devils ke atas skuad kendalian Arne Slot kekal sah dan tiada sebarang penolakan mata berlaku. 

Must Watch Video