Australia tidak ketinggalan untuk meletakkan nama selaku antara permata olahraga dunia apabila memperbaharui rekod kebangsaan yang mengambil masa lebih empat dekad untuk dipecahkan.
Dalam World Athletics Relays di Gaborone, Botswana, kuartet Australia yang terdiri daripada Luke van Ratingen, Reece Holder, Thomas Reynolds dan Aidan Murphy mencatatkan 2:55.20 saat (s) dalam acara 4x400 meter (m)lelaki untuk menamatkan perlumbaan di tempat ketiga di belakang tuan rumah dan Afrika Selatan sekali gus, mengangkat Australia ke tempat keempat dalam senarai pelumba terpantas sepanjang masa bagi kategori tersebut.
Advertisement
Kontinjen Australia itu memecahkan rekod 42 tahun negara iaitu 2:59.70 pada Sukan Olimpik Los Angeles 1984.
"Ia sangat luar biasa dan suasana yang begitu meriah," kata Holder mengenai suasana tersebut.
Menβs 4x400m Top 10 Countries All-Time
πΊπΈ USA - 2:54.29
π§πΌ Botswana - 2:54.47 ποΈ
πΏπ¦ South Africa - 2:55.07 ποΈ
π¦πΊ Australia - 2:55.20 ποΈ
π¬π§ Great Britain - 2:55.83
π§πΈ Bahamas - 2:56.72
π―π² Jamaica - 2:56.75
π³π± Netherlands - 2:57.18
π§πͺ Belgium - 2:57.75
π΅π± Poland - 2:58.00 pic.twitter.com/8gPqTzMyLBβ Track & Field Gazette (@TrackGazette) May 3, 2026
"Untuk keluar dan memenangi pingat dan melakukan masa seperti itu agak luar biasa."
Bercakap kepada media, Australia kelihatan serius untuk merebut pingat dalam Sukan Komanwel yang berlangsung pada Julai ini di Glasgow, Scotland.
Menurut sumber, difahamkan pelumba sensasi, Gout Gout tidak dapat menyertai temasya itu berikutan memghadapi kejohanan dunia bawah 20 tahun (B-20).