"Pencapaian kami wajar mendapat lebih banyak pengiktirafan.
Demikian ungkapan daripada pemain beregu lelaki nombor empat dunia, Chirag Shetty, selepas melihat tiada sambutan gemilang sejurus mendarat di tanah air selepas berjuang dalam kempen Piala Thomas baru-baru ini.
Advertisement
Beberapa pemain negara India iaitu, H. S. Prannoy ternasuk Satwiksairaj Rankireddy meluahkan rasa kecewa kerana kurang sorakan menyambut pasukan India sekembalinya mereka dari Denmark.
Jika dibezakan, seluruh negara meraikan kejayaan pasukan lelaki merangkul gelaran Piala Thomas buat kali pertama dalam sejarah pada 2022 dengan sepenuh hati sehingga membanjiri perkarangan di lapangan terbang.
Majlis apresiasi juga turut diadakan di kediaman Perdana Menteri, Narendra Modi.
“Back home now. As usual, no one knows what happened over the past two weeks, and it seems like no one really cares.”
Satwiksairaj Rankireddy, doubles partner of Chirag Shetty, expressed his emotions through social media.
Echoing the sentiment, Chirag shared Satwik’s message on… pic.twitter.com/gcN3zifGJ9— Sportstar (@sportstarweb) May 5, 2026
Empat tahun kemudian, meskipun membawa pulang pingat gangsa, Satwiksairaj Rankireddy menggambarkan emosinya melalui media sosial berkongsi keadaan semasa yang jelas meninggalkan rasa hiba dan sedih kerana tidak dihiraukan peminat tempatan.
“Sekarang sudah pulang. Seperti biasa, tiada siapa yang tahu apa yang berlaku.
"Dan, nampaknya tiada siapa yang benar-benar peduli.”
“Orang ramai, saya rasa, tidak begitu mengetahui betapa besarnya keputusan (2022) dan itu, kadangkala, benar-benar membuatkan saya sedih kerana saya fikir kita belum menjadi negara yang bersukan,” kata Chirag.
“Kita memenangi banyak pingat tetapi kita tidak diraikan seperti yang sepatutnya," katanya.