Skip to main content

Advertisement

Badminton

Piala Thomas: Tak guna berlatih hari-hari jika latihan tidak berkualiti -- bekas juara

rashid sidek

"Tak guna berlatih hari-hari jika latihan tidak berkualiti."

Demikian tegas legenda badminton negara, yang juga juara Piala Thomas 1992, Datuk Rashid Sidek, ketika mengulas mengenai prestasi hambar kem negara dalam saingan Piala Thomas dan Uber baru-baru ini.

Advertisement

Selain kurang semangat juang untuk menang, Rashid dapat melihat mutu permainan serta tahap kecergasan pemain negara tidak mencerminkan hasil latihan yang efektif.

Pucuk pangkalnya, semua faktor itu bertunjangkan kepada kelemahan struktur latihan, yang disarankannya untuk dikaji semula jika benar-benar mahukan proses penambahbaikan berlaku.

Ini kerana pelaksanaan sistem latihan yang baik, mustahil untuk tidak mendatangkan hasil yang berkualiti.

"Yang paling penting adalah latihan pemain, bagaimana kualitinya?" soalnya kepada wartawan Astro Arena, Ainul Abdul Rouf.

"Kerana jika berlatih hari-hari tetapi hanya sekadar berlatih, kualitinya tiada, keamatan tak cukup, kesungguhan pemain untuk tingkatkan prestasi dan kemahiran mereka kurang, kita akan dapat melihat masalahnya dalam pertandingan.

"Banyak kelemahan dapat dilihat ketika mereka bertanding dalam Piala Thomas dan Uber lalu."

 

Must Watch Video