Skip to main content

Bola Sepak

Isu Neymar selesai, gaduh manja 'adik-abang' berakhir

Neymar

Nama bintang sensasi Brazil, Neymar Jr, bertebaran di media sosial berikutan dakwaan menampar rakan sepasukannya yang berusia 18 tahun, Robinho Jr, dalam satu sesi latihan pasukan baru-baru ini.

Tetapi, situasi tersebut seperti sudah berakhir susulan pelukan mesra di antara kedua-dua pemain mencuri perhatian tatkala Neymar meraikan jaringannya menentang Recoleta sebentar tadi.

Advertisement

Terdahulu, khabar angin menyatakan satu insiden pergaduhan berlaku selepas Robinho Jr menggelecek Neymar, namun bekas pemain Paris Saint-Germain (PSG) itu merasakan dirinya tidak dihormati.

Ada yang mengatakan Robinho secara sengaja berlebihan, sekali gus membangkitkan kemarahan pemenang Liga Juara-Juara Eropah (UCL) itu dan berlaku pertengkaran.

Gol tunggal Neymar gagal membantu Santos meraih tiga mata apabila tuan rumah menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke-86. 

Must Watch Video