Lionel Messi mengetuai Argentina Piala Dunia selepas pengendali Lionel Scaloni mengumumkan skuad 26 pemain pasukan itu hari ini.
Messi terdahulu belum mengesahkan penyertaannya ke Piala Dunia kali ini namun ramai menjangkakan pemenang Ballon d'Or lapan kali itu sekali lagi akan mengetuai usaha Argentina mempertahankan gelaran yang dimenangi di Qatar empat tahun lalu.
Selain mengesahkan kehadiran Messi, pengumuman itu turut menyaksikan bintang muda Real Madrid, Franco Mastantuono tidak disenaraikan dalam skuad Argentina.
Mastantuono yang baru berusia 18 tahun dianggap antara prospek paling menyerlah dalam bola sepak Argentina ketika ini.
Piala Dunia terbesar dalam sejarah yang dianjurkan bersama Amerika Syarikat (AS), Mexico dan Kanada akan membuka tirai pada 11 Jun.
Argentina akan memulakan kempen menentang Algeria di Kansas City.
Argentina akan ke AS bagi aksi persahabatan pra-Piala Dunia menentang Honduras pada 6 Jun dan Iceland pada 9 Jun.
Mereka turut diundi bersama Austria dan Jordan dalam kumpulan sama.
SKUAD ARGENTINA KE PIALA DUNIA 2026
Penjaga gol: Emiliano Martinez (Aston Villa/), Geronimo Rulli (Marseille/FRA), Juan Musso (Atletico Madrid/ESP).
Pertahanan: Gonzalo Montiel (River Plate), Nahuel Molina (Atletico Madrid/ESP), Lisandro Martinez (Manchester United/ENG), Nicolas Otamendi (Benfica/POR), Leonardo Balerdi (Olympique Marseille/FRA), Cristian Romero (Tottenham Hotspur/ENG), Facundo Medina (Marseille/FRA), Nicolas Tagliafico (Lyon/FRA).
Tengah: Leandro Paredes (Boca Juniors), Rodrigo de Paul (Inter Miami/USA), Exequiel Palacios (Bayer Leverkusen/GER), Enzo Fernandez (Chelsea/ENG), Alexis Mac Allister (Liverpool/ENG), Giovani Lo Celso (Real Betis/ESP), Valentin Barco (Strasbourg/FRA).
Penyerang: Lionel Messi (Inter Miami/USA), Nicolas Paz (Como/ITA), Thiago Almada (Atletico Madrid/ESP), Nicolas Gonzalez (Atletico Madrid/ESP), Julian Alvarez (Atletico Madrid/ESP), Giuliano Simeone (Atletico Madrid/ESP), Lautaro Martinez (Inter Milan/ITA), Jose Manuel Lopez (Palmeiras/BRA). – AFP