Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia: Ronaldo bintangi kemenangan besar Portugal

ronaldo last

Cristiano Ronaldo mencipta sejarah sebagai pemain pertama menjaringkan gol dalam enam edisi Piala Dunia selepas menghasilkan dua gol ketika Portugal membelasah Uzbekistan 5-0 dalam aksi kedua Kumpulan K, Piala Dunia 2026 di Stadium Houston sebentar tadi.

Selepas gagal menjaringkan sebarang gol ketika berdepan Congo dalam aksi pertama, Ronaldo membuktikan betapa dia masih boleh diandalkan pasukan negarannya itu, membuka jaringan seawal minit keenam dengan merembat masuk bola lintangan Joao Cancelo.

Ketika ramai menjangkakan dia akan mengambil sepakan percuma penting pada minit ke-17, kapten Portugal itu membenarkan pertahanan berkaki kiri, Nuno Mendes, untuk mengambil sepakan berkenaan, yang tepat menuju ke jaring Uzbekistan.

Uzbekistan sepatutnya merapatkan kedudukan pada minit ke-31, tetapi jaringan cantik Azizjon Ganiev dari luar kawasan penalti dibatalkan selepas semakan video bantuan pengadil (VAR).

Ronaldo kemudian menambah satu lagi gol pada minit ke-39, kali ini dengan menolak masuk hantaran gemilang daripada Bruno Fernandes.

Dalam separuh masa kedua, Portugal menambah satu lagi jaringan setelah penjaga gol Uzbekistan, Abduvohid Nematov, terjaring gol ke gawang sendiri pada minit ke-60.

Pemain gantian, Rafael Leao, kemudian melengkapkan hari gemilang Portugal dengan jaringannya pada penghujung permainan.

Sebagai rekod, Ronaldo menjaringkan gol dalam edisi 2006, 2010, 2014, 2018, 2022 dan 2026.

Secara keseluruhan, pemain berusia 41 tahun itu telah menjaringkan 10 gol dalam Piala Dunia.

 

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football DFB GERMANY METAL BOTTLE Unisex White KF4127

adidas Football DFB GERMANY METAL BOTTLE Unisex White KF4127

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Mexico 26 Home Pre Match Jersey Men Green JY5485

adidas Football Mexico 26 Home Pre Match Jersey Men Green JY5485

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

LEGO Editions Sports 43020 FIFA World Cup Official Trophy (2842 Pieces)

LEGO Editions Sports 43020 FIFA World Cup Official Trophy (2842 Pieces)

Must Watch Video