Skip to main content

Bola Sepak

‘Merlin’ Itik paling popular Piala Dunia! Siap dijemput bertemu Presiden Mexico

‘Merlin’ Itik paling popular Piala Dunia! Siap dijemput bertemu Presiden Mexico

Di sebalik kehangatan aksi Piala Dunia 2026, seekor itik bernama Merlin muncul sebagai antara ‘bintang’ paling popular kejohanan apabila kisahnya tular di media sosial sehingga mendapat jemputan istimewa bertemu Presiden Mexico, Claudia Sheinbaum.  

Merlin yang sering mengenakan jersi kebangsaan Mexico bersaiz mini dan tali leher rasmi FIFA menjadi fenomena sejak aksi pembukaan Piala Dunia apabila kelibatnya meraikan kemenangan Mexico bersama ribuan penyokong mencuri perhatian ramai. Video dan gambar itik itu pantas menjadi tular, sekali gus menjadikannya maskot tidak rasmi skuad El Tri sepanjang kejohanan.  

Populariti luar biasa Merlin akhirnya menarik perhatian Presiden Claudia Sheinbaum yang menjemput itik berusia dua tahun itu bersama pemiliknya, Karla Gomez, ke sidang media rasmi di Istana Negara Mexico.

Dalam suasana santai, Merlin menjadi tumpuan utama apabila ‘berjalan’ masuk ke dewan sidang media memakai jersi Mexico sebelum bergambar bersama presiden, malah sempat mengeluarkan bunyi kuakan yang menceriakan suasana.  

Menurut Karla, Merlin pada asalnya hanyalah haiwan peliharaan keluarga yang sering menemaninya berniaga minuman di jalanan Mexico City.

Namun sejak tular ketika Piala Dunia bermula, Merlin berubah menjadi selebriti media sosial sehingga menerima pelbagai jemputan media dan acara rasmi.

Karla berkata dia berharap populariti Merlin dapat membawa peluang lebih baik kepada keluarganya selain mempromosikan sisi positif rakyat Mexico kepada dunia.  

Presiden Sheinbaum pula menyifatkan Merlin sebagai simbol kegembiraan serta semangat rakyat Mexico sepanjang Piala Dunia, selain memuji keluarga Karla yang dianggap mewakili golongan pekerja yang menjadi tulang belakang negara.  

Bagaimanapun, kisah Merlin tidak terhenti di situ.

Beberapa hari kemudian, FIFA dilaporkan tidak membenarkan Merlin memasuki stadium bagi menyaksikan aksi Mexico kerana peraturan kejohanan melarang haiwan berada di dalam venue pertandingan atas faktor keselamatan dan kebajikan haiwan. Keputusan itu mengecewakan ramai penyokong yang menganggap Merlin sebagai pembawa tuah buat pasukan Mexico.  

Walaupun tidak dapat menyaksikan perlawanan dari dalam stadium, Merlin terus menjadi ikon unik Piala Dunia 2026 dan membuktikan bahawa bukan hanya pemain mampu mencuri perhatian dunia, malah seekor itik juga boleh menjadi sensasi global.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

Must Watch Video