Kem Imigresen pula menunggu lampu hijau daripada pihak pengurusan untuk menandatangani pemain baru pada jendela kedua perpindahan pemain Liga Malaysia (Liga-M).
Pengendali Imigresen, Yusri Che Lah, mengakui keperluan melakukan penambahbaikan adalah penting untuk menghadirkan cabaran kuat kepada pasukan handalan lain.
Advertisement
"Dua atau tiga perlawanan terakhir kami menyenaraikan tiga penjaga gol dan 19 pemain sahaja, kekurangan pemain bukan kerana penggantungan tetapi kecederaan.
"Mungkin akan kembali dua pemain sahaja yang tidak tahu bila, ini sahaja yang kami ada. Jika tiada Pedro semestinya kami memerlukan pemain baru dan tunggu pengesahan daripada pihak pengurusan," katanya.
Imigresen bangkit daripada kekalahan apabila menewaskan kelantan TRW 3-0 dibantu jaringan Wilmar Jordan, Eduardo Sosa dan gol sendiri pemain lawan M. Rakesh.
Sosa gembira dengan persembahan pasukannya kerana berjaya merekodkan kemenangan tanpa bolos sekali gus membuktikan kemampuan untuk bersaing hebat musim ini.
"Prestasi pasukan lebih baik daripada sebelum ini, sekarang saya gembira dengan pertahanan dan serangan pasukan." tambahnya.