Bukan sahaja langgar peraturan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), pasukan ranking kedua dunia iktiraf kemenangan 2-1 ke atas England dalam aksi separuh akhir Piala Dunia 2026 sebagai sambutan rasmi.
Persatuan Bolasepak Argentina (AFA) mengangkat tanggal 15 Julai sebagai Hari Pasukan Kebangsaan bagi mengenang kejayaan ke atas musuh ketat tersebut berhubung Perang Falklands yang mengundang kepada kes disiplin dibuka.
Selepas wisel penamat perlawanan di Atlanta itu ditiupkan, sekumpulan pemain Argentina mengibarkan sepanduk berbunyi, “Las Malvinas son argentinas” yang membawa maksud Falklands milik Argentina yang jelas melanggar peraturan FIFA mengenai mesej berbentuk politik.
Badan induk itu telah membuka prosiding kes ke atas beberapa pemain skuad La Albiceleste tersebut dan setakat ini kedudukan mereka masih belum diputuskan.