Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA)dilaporkan sekali lagi menjatuhkan hukuman sekatan perpindahan atau 'transfer ban' bagi tempoh tiga kali jendela perpindahan terhadap Persib Bandung.
Pada bulan Mac lalu, Persib turut dikenakan hukuman hampir serupa dilaporkan berhubung isu penamatan kontrak bekas pemain dilepaskan lebih awal sehingga kes itu dibawa ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).
Kali ini laman rasmi kelab itu berkongsikan ia berkaitan kes lama yang berlaku pada 2022 susulan laporan daripada bekas pelatih, Robert Rene Alberts.
🚨OFFICIAL STATEMENT PERSIB
PERSIB Tindaklanjuti FIFA Registration Ban Atas Kasus Lama 2022
PT PERSIB Bandung Bermartabat (PBB) menegaskan bahwa FIFA Registration Ban yang tercantum terhadap PERSIB berkaitan dengan kasus lama pada 2022, yang berasal dari laporan mantan pelatih… pic.twitter.com/5ozqxjW4X5— Westblueid (@westblueid_) August 10, 2026
Cabaran besar semestinya menanti juara Liga Indonesia tiga musim berturut-turut iaitu kendalian Igor Tolic itu bagi mempersiapkan pasukan menjelang saingan liga, ACC Shopee Cup dan Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2).
"Kami tidak akan berdiam. Kami akan mengambil langkah yang diperkukan untuk menyelesaikanna melalui mekanisme yang berlaku." kongsi kenyataan rasmi kelab.