Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman, berkongsi mengenai status terkini penyerang sensasi Johor Darul Ta'zim (JDT), Bergson da Silva, yang dikaitkan bakal menyarung jersi Harimau Malaya dalam masa terdekat.
Noor Azman berkata kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi: "Saya perlu semak terlebih dahulu tetapi perkara itu tiada masalah.
"Jika proses dokumentasinya lengkap, saya rasa dia boleh mewakili negara dalam Piala ASEAN FIFA.
"Kami sedang melengkapkan proses dokumentasi."
Bergson kian hangat dikaitkan untuk menyarung jersi Harimau Malaya selepas tempoh lima tahun permastautinannya lengkap pada Februari lalu.
Kehadirannya pasti dapat menambah ketajaman jentera Harimau Malaya menjelang Kejohanan Piala ASEAN FIFA bulan depan, dengan rekod 200 gol bersama JDT selain menjadi penjaring gol terbanyak sepanjang zaman Liga Super dengan 132 gol.