Skip to main content

Berbasikal

LTdL: Dua pasukan berstatus dunia kibar cabaran

;l;;

Dua pasukan berstatus dunia, XDS Astana dari Kazakhstan dan Picnic PostNL dari Belanda, bakal menyemarakkan lagi saingan Le Tour de Langkawi 2026 yang dijadual berlangsung dari 27 September hingga 4 Oktober depan.

Kedua-dua pasukan itu melengkapkan senarai 20 pasukan bertanding termasuk lapan Pro-Team, sembilan pasukan benua di samping skuad kebangsaan Malaysia.

Menurut Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Jefri Ngadirin, meskipun jumlah pasukan berkurangan berbanding 22 pasukan tahun lalu, ia masih menepati kriteria perlumbaan berstatus 'pro series' yang ditetapkan Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI).

"Walaupun pengurangan pasukan berbanding tahun lalu, tapi saingan edisi ini sangat sengit (membabitkan) tiga peringkat pendakian dan kami masih menepati kuota (penyertaan) pasukan berstatus tour series yang ditetapkan UCI.

"Langkah ini untuk menjayakan LTdL tahun ini, lebih banyak yang dijemput akan membabitkan belanja yang lebih besar.

"Kami masih menunggu senarai penuh pelumba daripada pasukan yang telah mengesahkan kehadiran dalam edisi ke-30 ini.

"Kami berdebar-debar sama ada nama besar atau yang pelumba pernah menyertai Tour de France akan menyertai LTdL," katanya dalam sidang media hari ini.

Saingan LTdL 2026 yang bakal memasuki edisi penganjuran yang ke-30 ini akan merangkumi lapan peringkat perlumbaan yang merentasi lapan buah negeri di semenanjung Malaysia dengan jarak keseluruhan sejauh 1,258.5 kilometer.

"Kami bersyukur mereka yang diberi jolokan 'Grand Tour Pro Team' ini setuju (menyertai LTdL).

"Kehadiran tujuh pasukan ini sudah pasti membuka lembaran baharu (dalam saingan ini).

"Ini menggambarkan cabaran yang sangat besar," kata Ketua Pegawai Operasi (COO) LTdL, Emir Abdul Jalal, pula. 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Related Topics

Must Watch Video