Penggempur berbisa kelahiran Brazil, Bergson Da Silva, berkongsikan dia dalam keadaan 'bersedia' sepenuhnya bagi memperkuatkan skuad kebangsaaan menjelang FIFA ASEAN Cup 2026.
Dalam video yang tular di media sosial berkongsikan kebersediaan pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) itu untuk memperkuatkan skuad Harimau Malaya selepas khabar angin yang mengatakan dia bakal menyarung jersi kebangsaan sebelum ini.
"Terima kasih, saya fikir ya saya bersedia untuk itu jadi saya menunggu apa yang akan berlaku seterusnya, langkah seterusnya.
"Saya gembira berada di sini dan menantikan perkara itu." katanya.
Untuk rekod, Bergson memegang rekod selaku penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super Malaysia dengan 131 gol, sekali gus mengatasi rekod milik Indra Putra Mahayuddin dengan 106 gol.