Kuala Lumpur (KL) City mendapatkan khidmat pemain kebangsaan, Ibrahim Manusi.
Selepas setahun berkelana ke Johor Darul Ta'zim (JDT) musim lalu, pemain serba boleh berusia 24 tahun itu memilih destinasi baru bersama seteru Liga Super, skuad Warga Kota, secara pinjaman dalam usaha mencari rentak permainan.
Ibrahim dalam barisan simpanan Harimau Malaya ketika tumbang secara agregat 0-4 di peringkat separuh akhir Piala Hyundai ASEAN di Hanoi, malam tadi.
Pasukan kendalian Dollah Salleh itu semalam turut mengumumkan pemain kebangsaan, Syafiq Ahmad, S. Kumaahran, dan Saiful Jamaluddin sebagai sandaran baru dalam kempen Liga Malaysia musim depan dengan Negeri Sembilan akan menjadi ujian pertama Liga Super di Cheras, petang Sabtu ini.