Pemain perseorangan lelaki Perancis, Christo Popov, terpaksa pulang susulan tewas di tangan Kenta Nishimoto dalam pusingan awal Kejohanan Badminton Dunia BWF 2026 di Stadium Tertutup Indira Gandhi, New Delhi, India, semalam.
Selepas juara bertahan, Shi Yu Qi, tersingkir kini giliran pilihan kelima kejohanan itu pula berputih mata.
Lawan di ranking ke-24 Persekutuan Badminton Dunia (BWF) itu mudah memperoleh kemenangan straight set 21-17, 21-19 dalam tempoh satu jam, sekali gus menamatkan misi Popov.
Naib juara Piala Thomas itu gagal menepati ramalan ke pusingan seterusnya apabila tidak berjaya mengikuti rakan senegaranya, Alex Lanier.
Ia, sekali gus menyaksikan edisi kali ini bakal melahirkan juara dunia baru!