Skip to main content

Badminton

Kejohanan Dunia BWF: Sze Fei-Nur Izzuddin tenang ke suku akhir

sze fei nur izzuddin

Beregu lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, mempamerkan aksi tenang ketika menewaskan gandingan Taiwan, Chiu Hsiang Chieh-Wang Chi Lin, dalam aksi pusingan ketiga Kejohanan Badminton Dunia BWF di New Delhi sebentar tadi.

Turun selaku pilihan keenam, Sze Fei dan Nur Izzuddin diberikan tentangan sengit sejak dari awal permainan tetapi ketenangan yang dimiliki mereka memastikan gandingan negara itu sentiasa mengawal permainan.

Selepas kedudukan terikat 13-13, Sze Fei dan Nur Izzuddin meraih lima mata berturut-turut untuk mendahului 18-13 sebelum memenangi set pertama 21-17.

Penguasaan penuh dipamerkan wakil negara itu dalam set kedua dengan tidak membenarkan lawan lama mendahului dan menuju ke penghujung aksi, mereka melebarkan jurang mata untuk mengesahkan tempat dalam suku akhir dengan kemenangan 21-17 selepas secara keseluruhan bertarung selama 42 minit.

Menanti mereka dalam penentuan ke separuh akhir esok ialah pemenang di antara pilihan utama dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae, dan beregu utama England, Ben Lane-Sean Vendy.

 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Must Watch Video