Skip to main content

Badminton

Kejohanan Dunia BWF: Gandingan suami-isteri kandas di tangan beregu China

soon huat shevon

Beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai, kandas dalam pusingan ketiga Kejohanan Badminton Dunia BWF apabila tewas kepada gandingan pilihan kelapan dari China, Cheng Xing-Zhang Chi, di New Delhi, India sebentar tadi.

Soon Huat dan Shevon pada awalnya mempamerkan aksi meyakinkan dalam set pertama untuk sentiasa mendahului lawan tetapi segalanya berubah selepas kedudukan terikat 9-9, di mana mereka selepas itu tidak pernah dapat menyaingi lawan sebelum tewas 15-21.

Skrip hampir sama berlaku dalam set kedua apabila gandingan suami-isteri itu sekali lagi seakan-akan kehilangan rentak pada pertengahan aksi dan kesempatan itu dimanfaatkan Cheng Xing dan Zhang Chi untuk mengesahkan kemenangan 21-12 selepas secara keseluruhan bertarung selama 34 minit.

 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Must Watch Video