"Bring me back to NSFC.
Pemain naturalisasi Harimau Malaya, Lee Tuck, sedia kembali mewarnai kancah Liga Malaysia (Liga-M) 2026/27 yang akan berlangsung Jumaat ini apabila berminat untuk menyertai sebuah pasukan Liga Super.
Satu hantaran oleh ultrajangmag di media sosial memaparkan perbualan tonggak berusia 38 tahun itu yang berhasrat mahu bergabung semula dengan Negeri Sembilan.
Setakat ini, tiada perbincangan mahupun pengumuman rasmi dibuat oleh mana-mana pihak termasuk kelab Hobin Jang Hobin itu.
Untuk rekod, bintang kelahiran England itu kali pertama bertandang ke Malaysia pada 2017 dengan Negeri Sembilan selaku pasukan pertamanya yang bertahan selama satu musim.
Lee Tuck turut pernah mewakili Sri Pahang, Terengganu dan Kedah sebelum menyarung jersi kebangsaan.