Wakil negara, Kuching City, akan beraksi di Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos, Larkin sebagai gelanggang rasmi bagi aksi laman sendiri dalam saingan Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2).
Menerusi jadual perlawanan yang dikeluarkan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) sebentar tadi, The Cats kelihatan memilih Larkin sebagai kubu mereka bagi penampilan perdana di pentas berkenaan.
Mereka akan membuka tirai ACL2 dengan berdepan kelab Kemboja, Phnom Penh Crown, di laman lawan sebelum melayani kunjungan kelab Hong Kong, Kitchee, di bekas gelanggang keramat Johor Darul Ta'zim (JDT) itu.