Skip to main content

Bola Sepak

Jurulatih bola sepak sah ditangkap jenayah seksual bawah umur

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

bola sepak

Seorang jurulatih bola sepak ditahan kerana disyaki mencabul dan meliwat seorang remaja lelaki berusia 15 tahun di Tanjung Sedili.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, suspek berusia lingkungan 50-an itu ditahan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi pada Jumaat lalu, susulan laporan yang dibuat mangsa.

Advertisement

Menurutnya, mangsa merupakan jiran kepada suspek dan kejadian dilaporkan sendiri oleh remaja berkenaan.

"Kejadian pertama kali berlaku pada 8 Januari lalu di pondok belakang rumah suspek.

"Bertindak atas maklumat dan laporan polis yang diterima, pada hari yang sama pihak polis berjaya menahan suspek untuk membantu siasatan. Suspek merupakan seorang jurulatih bola sepak bertauliah," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau memberitahu, satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan.


Menurut Yusof, suspek direman selama empat hari berakhir pada hari ini.

"Polis masih menjalankan siasatan lanjut dan kertas siasatan akan dirujuk kepada pendakwa raya untuk mendapatkan arahan pertuduhan.

“Orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan proses siasatan,” katanya.

Yusof berkata, jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak melebihi 20 tahun serta boleh dikenakan hukuman sebatan.

Kredit: Sinar Harian 

Topik Berkaitan

Must Watch Video