Skip to main content

Badminton

Saya mahu pergi lebih jauh -- Ong Xin Ru ungguli perseorangan wanita B-17 Kejohanan Badminton Tertutup Kuala Lumpur

g

Memasuki edisi keempat penganjuran Kejohanan Badminton Tertutup Kuala Lumpur menerusi projek Jejak Juara 2026 terus menjadi medan mencungkil dan membentuk bakat muda yang berpotensi besar menggalas cabaran skuad ibu kota.

Antara yang paling mencuri tumpuan -- kelibat adik kepada pemain beregu wanita negara Ong Xin Yee-- iaitu Ong Xin Ru yang tampil dominan untuk muncul juara perseorangan perempuan B-17.

Kejayaan itu meneruskan rentak cemerlangnya selepas  merangkul kejuaraan berganda dalam Kejohanan MSSM 2026 pada Jun lalu.

Difahamkan kini Xin Ru sedang memberi tumpuan sepenuhnya kepada persiapan Sukan Malaysia (Sukma) pada Ogos nanti dengan azam untuk memberikan saingan sengit kepada para pencabar.

"Saya mahu pergi lebih jauh, perlu sertai banyak kejohanan untuk raih mata selain matangkan corak permainan sebelum menjadi pemain profesional," katanya.

Sementara itu, bagi kategori lelaki pula, Muhammad Noor Hanafi, menjadi sorotan utama apabila menamatkan penantian dua tahun tanpa gelaran juara apabila mendominasi acara perseorangan lelaki B-15.

Kemenangan itu hadir hasil persediaan lebih rapi yang dilakukan, dengan pingat gangsa Kejohanan Badminton Remaja Asia di China tahun lalu menjadi titik permulaan untuk mempamerkan kawalan gelanggang lebih tenang dan corak permainan lebih matang.

Dia mengidolakan legenda badminton negara, Datuk Seri Lee Chong Wei, Muhammad Noor turut menyimpan impian besar untuk menyarung jersi Malaysia suatu hari nanti.

"Sudah dua tahun saya menantikan kemenangan ini, dua tahun lalu saya ke final tetapi tidak jadi juara. Tahun ini saya bangkit semula jadi juara.

"Saya lebih bersemangat untuk berlatih lebih keras dan raih pingat di kejohanan antarabangsa, saya mahu jadi pemain Malaysia dan menduduki ranking tertinggi di dunia." katanya.

 

 

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Must Watch Video