Skip to main content

Bola Sepak

'Hujahan peguam FAM, pemain harus bernas di CAS'

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

FAM

Kebenaran sementara kepada tujuh pemain warisan Harimau Malaya untuk beraksi tidak semestinya menjamin keputusan positif memihak kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), dalam prosiding rayuan di Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).

Menurut peguam undang-undang sukan, Richard Wee, peluang FAM untuk mendapat kelulusan di CAS bergantung kepada kekuatan hujahan teknikal yang bakal dikemukakan, khususnya berdasarkan tafsiran dan penerapan peraturan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Advertisement

Justeru, kebenaran sementara pemain warisan untuk beraksi dilihat lebih bersifat pentadbiran dan tidak boleh ditafsir sebagai petunjuk awal bahawa rayuan FAM akan diterima.

"Ini hanya pandangan saya. Saya juga tidak pasti apa hujahan peguam yang mewakili FAM dan pemain.

"Tetapi, saya sebagai orang luar melihat situasi di dalam berkemungkinan peguam masing-masing akan bercakap mengenai isu teknikal.

"Contohnya, undang-undang FIFA tidak betul atau 'interpretation'.

"Itu mungkin contoh hujahan yang dikemukakan.

"Saya berpendapat jika FAM dan pemain akan menang jika hujahan mereka jitu dan bernas.

"Ini hanya pendapat saya. Saya rasa FAM dan pemain memang sukar untuk menang," katanya di Nadi Arena. 

Must Watch Video