Skip to main content

Bola Sepak

Harimau Malaya: 'Jurulatih asing perlu masa, jurulatih tempatan sudah faham senario'

aa

Saingan Kejohanan Piala ASEAN FIFA dan Piala Hyundai ASEAN adalah dua kejohanan peringkat Asia Tenggara yang perlu disudahkan dengan keputusan luar biasa. 

Selepas skuad negara 'dilondehkan; seantero dunia rentetan isu tujuh pemain tidak sah, ini saat yang tepat untuk Harimau Malaya kembali bangkit. 

Walaupun nama Tan Cheng Hoe hanya dilabelkan sebagai interim, banyak kejutan mampu berlaku sekiranya dua kejohanan ini berjaya mencipta keajaiban ketika dalam keadaan Harimau Malaya yang masih terluka. 

Seandainya Cheng Hoe mampu mencipta sensasi, dia wajar menjadi antara calon terbaik menggantikan clamovski secara total. 

"Jurulatih asing perlukan masa, apabila mereka datang, esok sekali pun mereka tak dapat lihat pemain beraksi kerana sekarang saingan liga berada masih 'off season'. 

 

 

 

"Jadi dengan adanya jurulatih tempatan mungkin sudah fahami senario, biar jurulatih tempatan atau Cheng Hoe habiskan misi dia. Selepas itu baru kita fikirkan, FAM, pihak pengurusan harus fikirkan langkah terbaik. 

"Ini peluang terbuka buat jurulatih tempat untuk membuktikan dan selepas itu harus difikirkan apa yang perlu dilakukan. 

"Kita harus lihat daripada jangka masa panjang atau pendek, kita ada saingan Hyundai Cup dan FIFA ASEAN Cup, dan kita tak perlu terburu-buru dan mempunyai jurulatih tempat atau asing tidak mempunyai masalah, seperti saya katakan tadi jangka masa pendek atau panjang." kata bekas jurulatih skuad negara, Ong Kim Swee kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.

 

 

 

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Must Watch Video