Seorang ahli spiritual dari Ghana dikenali sebagai Kwaku Bonsam menjelaskan dirinya telah 'mengikat' pergerakan Harry Kane awal pagi tadi.
Dalam ciapan yang tular di media sosial itu berkongsikan, "Saya, Kwaku Bonsam, ahli spiritual paling berkuasa di dunia. Saya ikat dengan Harry Kane, awak lihat dia (beraksi) malam tadi?
"Dia tak Nampak pun bola." katanya.
🚨🗣️ Nana Kwaku Bonsam (Ghanaian traditional priest):
"I, Kwaku Bonsam, the most powerful spiritualist in the world. I tied Harry Kane. Did you see him last night? He didn't even see the ball." pic.twitter.com/P0ByhOf6cZ— The Touchline | 𝐓 (@TouchlineX) June 24, 2026
England sekadar keputusan seri 0-0 ketika berdepan Ghana dalam saingan peringkat Kumpulan L dengan Kane beraksi 90 minit permainan namun gagal mencatatkan jaringan di Stadium Boston, Foxborough, malam tadi.
Ketika ini England berada di puncak saingan Kumpulan L dengan empat mata diikuti Ghana yang turut mengumpul empat mata selepas melakar satu kemenangan dan satu seri.