Ketua jurulatih skuad hoki negara, Sarjit Singh, menggesa anak buahnya agar menajamkan pukulan sudut penalti dalam misi membawa mata penuh buat The Speedy Tigers dalam Kumpulan B kelayakan Piala Dunia di Mesir, 1 hingga 7 Mac ini.
Dia turut mengakui kemunculan semula Faizal Saari dan Syed Syafiq Syed Cholan ke dalam pasukan bakal mengukuhkan aspek serangan The Speedy Tigers dalam membawa cabaran negara kali ini.
Advertisement
Jelasnya, kredibiliti penyerang itu tidak usah dipersoalkan meskipun usianya sudah menjangkau usia 35 tahun, namun sumbangannya sebagai senjata pemusnah lawan masih diperlukan kem negara.
Selain itu, dia berkata skuad kebangsaan perlu mengukuh aspek pertahanan kerana menyedari ancaman dari China yang menunjukkan peningkatan ketara serta Pakistan yang mempamerkan aksi terpuji dalam saingan Liga Pro FIH.
"Ketika ini kami mencapai 22 peratus tapi kami perlu tingkatkan lagi.
'Setakat ini beberapa pemain berjaya melakukannya dan berharap ia semakin berkembang.
Faizal dan Syed Syafiq yang merupakan flicker yang bagus merupakan kelebihan buat kami.
"Tapi yang utamanya adalah bertahan dengan mantap yang ketika ini makinbaik. Kami perlu kurangkan kesilapan mudah selain ambil kesempatan untuk membunuh permainan secepat mungkin," katanya.
Malaysia akan berlepas ke Mesir pada 20 Februari dan akan menjalani dua perlawanan ujian bertemu Mesir, 23 Februari dan Jepun pada 26 Februari sebelum membawa cabaran sebenar menentang Austria pada 1 Mac.