Pemain golf profesional kelahiran England, Matt Killen, tampil cemerlang dengan 65 pukulan pada hari kedua PKNS Selangor Masters untuk menjadikan jumlah 135 pukulan, tujuh di bawah par di Seri Selangor Golf Club setakat ini.
Killen melakukan 7 birdie untuk meletakkan dirinya dalam kedudukan terbaik untuk meneruskan saingan yang berbaki dua hari lagi.
Advertisement
Cuaca yang disifatkan lebih baik dari hari pertama membantunya untuk menghasilkan pukulan baik serta lantunan bola dengan kelajuan yang sempurna di atas 'green' yang kering.
Dia mengakui tiada sebarang kesukaran yang mengganggu permainannya selain berharap mampu terus konsisten dalam aksi seterusnya.
"Keseluruhannya baik dan hanya satu lubang yang teruk.
"Saya cuba pastikan untuk dapat teruskan permainan dengan lancar.
"Menjengah tengah hari, permukaan green menjadi makin keras yang menyebabkan bola mudah melantun selain keadaan berangin," katanya.