Skip to main content

Bola Sepak

Skandal FIFA-FAM, 7 pemain warisan Harimau Malaya: 'Saya boleh senyum dengar perkataan positif'

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Asmawi

“Penangguhan hukuman beri petanda positif, peluang malaysia kini 50-50.

Itu kenyataan Setiausaha Agung Konfederasi Bolasepak Asia, Datuk Windsor John, menjadi isyarat positif bahawa kes membabitkan tujuh pemain warisan negara mungkin memihak kepada Malaysia.

Advertisement

Bagi pemerhati bola sepak negara, Asmawi Bakiri, ketika ditemu bual wartawan Nadi Arena, Zulhelmi Zainal Azam, memiliki persepsi tersendiri selain situasi semua tujuh pemain berkenaan juga sudah mempunyai kelab ketika ini.

"Saya cukup gembira dan teruja. Apabila mengatakan bahawa peluang itu ada, saya amat yakin.

"Saya boleh senyum sedikit mendengar perkataan positif itu.

"Mereka juga dapat beraksi dan menyertai kelab.

"Saya menjangkakan, ini akan menambah kekuatan, sokongan dan keputusan CAS memihak kepada Malaysia," katanya.

Sebelum ini, Windsor dalam temu bual bersama Astro Arena berkata keputusan Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) membenarkan penangguhan pelaksanaan (stay of execution) hukuman ke atas tujuh pemain terbabit merupakan satu perkembangan positif dalam proses rayuan mereka.

Katanya, berdasarkan pengalamannya dalam beberapa kes terdahulu di CAS, penangguhan sementara seperti itu lazimnya sukar untuk diperoleh.

"Selama ini, ramai yang beranggapan tindakan sukar dibuat CAS.

"Saya tetap positif. Jika dibenarkan, mereka akan terus bermain," tambahnya.

Hujung bulan lalu, CAS menangguhkan hukuman penggantungan 12 bulan yang dikenakan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) ke atas tujuh pemain warisan negara atas dakwaan pemalsuan dokumen.

Pendengaran rayuan kes itu dijadual berlangsung di CAS pada 26 Februari itu dan Windsor turut menjelaskan, sekiranya rayuan berjaya, hukuman terhadap tujuh pemain terbabit akan ditamatkan serta merta.

Must Watch Video